Tuesday 31 July 2012

Janji Ditepati




28302 orang dislikes vs 392 likes...
Kalau aku cepat cepat dah cari lagu lain ganti.
Mengapa begitu terdesak utk Pilihanraya sehingga tak dapat bezakan konsep kenegaraan dan dasar kerajaan?
Dari tema, logo hingga ke lagu semua hancur utk tahun ni.... Desperado.....

Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia


Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia




ketandusan Idea or ini je yang UPCO mampu fikirkan???

Monday 30 July 2012

10 Wasiat Rasulullah saw kepada puterinya Fatimah Az Zahra’

1.Ya Fatimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya pasti Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji tepung, melenyapkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2.Ya Fatimah, wanita yang berpeluh ketika mengisar tepung (memasak makanan) untuk suami dan anak-anaknya nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3.Ya Fatimah, tiadalah seorang yang meminyakkan rambut anak-anaknya lalu menyikat dan mencuci pakaiannya melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang telanjang.

4. Ya Fatimah, tiadalah wanita yang tidak memberikan bantuan kepada jirannya, melainkan Allah akan menghalangnya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat kelak.

5.Ya Fatimah, yang lebih utama dari segala keutamaan adalah keredaan suami terhadap isteri. Andai suami tidak reda kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu, ketahuilah wahai Fatimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6.Ya Fatimah, apabila wanita mengandung maka malaikat memohonkan keampunan baginya dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghilangkan seribu keburukan. Ketika wanita merasa sakit untuk melahirkan Allah menetapklan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Jika meninggal ketika melahirkan maka dia tidak membawa dosa sedikitpun.

7.Ya Fatimah tidaklah wanita yang tersenyum di hadapam suaminya melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

8.Ya Fatimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur suaminaa dengan rasa senang hari melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang.

9.Ya Fatimah tidaklah wanita yang melayan suaminya selama sehari semalam dengan senang hati serta ikhlas melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupaya pakaian yang serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikan pahala kepadanya pahala seratus kali beribadah haii dan umrah.

10. Ya Fatimah, tidaklah wanita yang meminyakkan kepala suaminya dan menyikatkanya, meminyakkan janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudahkan sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian taman-taman syurga. Allah membebaskannya dari siksa neraka serta dapat melintasi siratul mustakim dengan mudah.

Wallahualam........

Budak 5 tahun ditemui hidup dengan lembu

Moscow: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hidup dengan lembu, tidak boleh bercakap dan cuma mampu berkomunikasi menerusi bunyi ‘moo’.
Budak berkenaan diselamatkan polis Russia selepas jirannya di daerah Solikamsk membuat laporan.
“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk,” kata polis.Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran yang tinggal berhampiran ladang kecil yang diuruskan ibu bapa budak itu.

“Dia yang tidak mempunyai nama itu tidak tahu makan dengan betul dan lebih suka meminum susu dari periuk”. - Jurucakap polis

Pegawai berkata, jiran memberitahu mereka seorang kanak-kanak perempuan tinggal dengan lembu.

“Ketika menyiasat dakwaan itu, kami mendapati ia benar,” katanya.
Ketika ditemui kanak-kanak itu tidak memakai sebarang pakaian dan tinggal dengan lembu di ladang berkenaan.

Dia juga selalu dikurung dalam bilik stor oleh ibu bapanya.
Selepas dihantar ke pusat pemulihan, kanak-kanak itu kini ditempatkan dengan keluarga angkat.

Bukan kes pertama

Dia bukan kanak-kanak pertama ditemui dibesarkan oleh haiwan di Russia.
Pada tahun 2009, Natasha Mikhailova ditemui dibesarkan dengan sekumpulan anjing di kediaman bapanya di Chita.

Natasha, yang juga berusia lima tahun ketika ditemui, cuma menyalak untuk berkomunikasi, menyedut makanan dan cuma sebesar kanak-kanak berusia dua tahun. - Agensi

Note :
~kesian budak ni. Kalau kat Malaysia tinggal dengan lembu dah kira mewah. Sebab lembu tinggal dalam kondo : ) ~

Sunday 29 July 2012

Nak kenal tak? Tak kenal tak cinta.

Ni gambar aku (waktu 2 tahun lebih kurang). Orang lain buka blog ada sebab. Aku pulak tak bersebab, so tengah cari sebab apa aku buka blog?. Disebabkan ni blog aku, ada nama aku, elok aku ceritakan pasal diri aku serba sedikit dari awal. Cerita mestilah versi aku baru syok sikit. Dan blog ni juga ada pinjam nama orang lain. Sapa? kalau bagitahu siapa dia dah kira pertengahan cerita. Tak jadilah nanti nak cerita dari awal....
Yang pakai baju ninja turtle tu adik aku.. Yang tinggi sikit dari dia tu akulah. Masa ni baru sekolah kut.. Sorry bro libatkan kau dalam cerita ni... Kitorang 2 beradik je ke??? Tak.. ramai lagi sebenarnya.....


Kitorang 7 adik beradik semuanya.. Aku ada 5 orang akak, semua lain lain.. sorang pun tak sama baik dari zahir atau batin... hahaha... Atas Sofa tu, tengah tengah Kak Long. Kiri dan kanan dia mak abah aku.. Aku yang baju coklat, adik aku yang samseng tadi baju hijau tu.. Yang duduk tu dari kiri Atam, Angah, Kakde and Ateh. Yang dua orang kecik tu anak buah aku... 2 orang aje ke anak buah nya??? no no no... ramai lagi.. bakal menyusul...

Ok.. yang ni pulak 5 orang abang ipar aku... hahaha.. sorry bro melibatkan korang dalam blog ni..  Ni lama punya gambar.. Sekarang semua dah tua.. hahaha.. sekali lagi Sorry...


Ni sebahagian kecik dari anak anak sedara aku... mcm mana nak posting gambar diorang ya? Ramai sangat... Ada masa nanti aku buat ruangan khas utk diorang.. dan akan bapa saudara mu ini ceritakan satu persatu pe'el korang semua....... hahaha.. tiada yang terkecuali....

Rasanya semua family aku dah diperkenalkan... Ye ke? Nope.. ada lagi.. yang ni baru sebelah.. ada sebelah lagi.. wakakaka...  lepas sebelah lagi ada sebelah lagi.. wahh!!! banyak belah pulak...
slow-slow sambung k...
paRkIng Firstime...